04 July 2011

Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA)

Satu lagi berita gembira buat semua yang berhajat memiliki rumah.. :)

PM lancar fasa satu PR1MA libat 42,000 unit rumah

PUTRAJAYA 4 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan fasa pertama Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang akan melibatkan pembinaan 42,000 unit rumah di 20 tapak strategik yang sudah dikenal pasti.

Perdana Menteri berkata, lapan projek dijangka dapat dimulakan pada tahun ini dan tahun hadapan di atas 20 tapak tersebut yang dikenal pasti di sekitar Lembah Klang, Rawang dan Seremban.

Katanya, PR1MA ini ditujukan khusus kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak melebihi daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau pun bekerja sendiri.

"Kerajaan menyedari kesulitan yang dihadapi oleh golongan yang berpendapatan sederhana yang tidak mampu membeli rumah berharga tinggi tetapi pada masa yang sama juga tidak layak dipertimbangkan dalam program perumahan awam kos rendah sedia ada.

"Pelaksanaan PR1MA ini akan dapat membantu ke arah mencapai matlamat Dasar Perumahan Negara bagi menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu milik,” katanya ketika melancarkan tapak pertama PR1MA di Presint 11 di sini. - Bernama

So korang, jangan lepaskan peluang nie.. Maklumlah, sekarang ni memang susah nak dapat rumah kan.. apa2 pun, untuk sebarang pertanyaan berkaitan syarat2 or harga or tempat or apa2 je la, boleh rujuk SINI.. PEACE :)


*Updated : Sekretariat Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) di Unit Perancang Ekonomi telah dibubarkan pada 1 Ogos 2011. Semua urusan dan pertanyaan berkaitan PR1MA boleh dirujuk kepada Unit PR1MA yang telah ditubuhkan di bawah Pejabat Perdana Menteri seperti berikut:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Unit PR1MA
Pejabat Perdana Menteri
Aras 1, Blok Perdana Putra
62502 Putrajaya
Tel: 03-8888 8110
Faks: 03-8888 3671
Emel: shiela@pmo.gov.my

3 comments:

Anak Wak Mail said...

bestnya..bila la nak beli rumah ni..hehe

Misz Nuriz said...

Anak Wak Mail,
tunggu apa lagi, mohon ler..hehe
peluang tu.. :)

Anonymous said...

orang manjung perak macam mane x de pun di sini

Related Posts with Thumbnails